- Email:
- Call:
- Share:
Event Location
04 Mar, 2019 From 6:00 AM to 8:00 PM 970 Geylang Road, Tristar Complex, #02-03 Room 7, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
Kelas dan kursus khas untuk MUSLIMAH sahaja.
- memahami al-Quran adalah kewajipan setiap Muslim. Allah memberikan akal dan fikiran kepada manusia yang tujuannya semata-mata agar manusia memikirkan apa-apa yang telah Allah turunkan semua yang ada di alam semesta. Salah satunya adalah al-quran yang dijadikan pedoman hidup oleh umat Islam.
- Al-Quran karim adalah kallamullah, kitab suci yang agung, mukjizat terbesar yang Allah turunkan kepada nabi Muhammad SAW, yang dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya, sebagai syifa atau penyembuh jiwa , juga petunjuk dan rahmat.
- Madrasah Al-Fahmi membina inisiatif dan pembaharuan serta pendekatan yang baru bagi memberikan galakan kepada yang tidak mengenali Huruf, serta membaca AL-Quran untuk belajar secara celik dengan tenaga pengajar secara berkumpulan yang hanya seramai 5 orang sahaja 1 sesi. Mahupun secara private/ perseorangan. Ini bagi memupuk dan menghilangkan rasa malu serta rendah diri kepada kaum Muslimah yang belum mahir dalam Al-Quran.
- Daftar SESI ANDA dan luangkan masa serta berikan sedikit ruang untuk anda mendekati Al-Quran. Bacakanlah ia walau sepotong ayat. wallahualam.
- sesi perseorangan waktunya lebih fleksible, ianya dilakukan di Madrasah Al-Fahmi secara perseorangan dengan pilihan masa yang dipersetujui bersama tenaga pengajar.
- Untuk pertanyaan lanjut mengenai masa dan sesi boleh hubungi 6909 7311/8157 8385/ 8795 6907.
Berkumpulan : 1 jam (5 orang), yuran bulanan : $50/orang
Perseorangan 1/2 jam : yuran bulanan $80
pendaftaran :$20
Buku Iqra': $10
Isnin , selasa, jumaat (11am-12pm) @ (3pm-4pm)
Details
Terma dan Syarat:
- Mestilah berusia 18 tahun ke atas. (tiada had umur untuk yang berusia).
- Wang pendaftaran anda tidak akan dikembalikan selepas proses pembayaran dilaksanakan.
- Nota akan disediakan dan yuran pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
- Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.
- Lokasi - 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan Alwadi restoran (Halal), terdapat ruangan untuk solat.